25 August 2008

~ Rahsia Peribadi Melalui Bulan Kelahiran ~

Aku tertarik nak share...tp aku pilih bulan kelahiran aku & co jer...Jan & Mei..
yg lelain kalau nak tau click kt sini http://www.darulnuman.com/mhikmah/bulan.html
saje suka-suka....

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

---> aku & naim (9 Mei) & my dear hubby (19 Mei)


JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

---> Qhuzairi (5 Januari) & Nabila (23 Januari)

14 August 2008

~ Cepatnye masa....~

Sedar tak sedar dah hari Jumaat harini.....rasa mcm baru Isnin....hehehe
kekadang aku mcm lupa lak hari apa...kena menung panjang dulu...baru sedar....(camni nye org pun wujud kann....). eeiiii....tak sabar lak nak balik rumah...

Dah 3 hari aku kenyang makan habuk kat ofis nih...huhu...aku baru elok demam + batuk + selsema......skrg ni nmpk gaye besar harapan dapat semua tu balik....adehh...
Kat ofis skrg tgh tunggang langgang ni.....nak buat keje pun macam x de mood....bila lah nak siap ni.....nnt nak kemas lagi...ni yang buat aku nak demam teruk rasa2 ni....(malas sbnr nye....hehehe).

Nanti dh siap...aku snap photos ek....
ofis aku ni kat luar buruk sgt2 rupa nye....tp kt dlm lawa....

12 August 2008

~ Kenangan Terindah...~

Aku tak pasti kenapa....semenjak dua menjak ni kenangan tu selalu mengganggu ketenteraman minda aku yang tak berapa tenteram ni....hehehe..... Nape ek???? Bukan aku sesaja nak ingat pun....masalahnya teringat jugak.....

Selalunya ingatan tu hanya terarah pada seseorang.....yang pernah mewarnai hidup aku dulu....
Dah bertahun aku cuba nak kikis ingatan tu...sampai sekarang tak berjaya lagi....

Tapikan bila fikir-fikir balik....yang aku beriya-iya nak lupakan tu nape.....boleh ke....?
Tak pe lahhh.....aku simpan je kenangan tu elok-elok.....

10 August 2008

~ Kesiannya......~

kelakar betul aku tgk gmbr nih.....ambil masa hubby jemput aku balik keje....
sblm tu dia jemput anak2 aku yg dua tu dari sekolah....
letih sesangat la tuh...sampai tersepit adik kat tengah-tengah....hehehe....sian...

~ Ramadhan vs Raya...hehehe ~

harini dh 11hb August.....lg 20 hari Ramadhan pun menjelma....
cepatnye masa berlalu.....

Aku x sabar lak rasa nk puasa.....mudah2an tahun ni penuh....@ paling tidak pun mcm tahun lepas....sehari je kena ganti....hehehe....

Aku tgh tunggu mood nak menjahit baju raya anak-anak aku yg 3 org tu....adoooiiiiii....
bila lah mood tu nk datang gak nye.....




Aku plan nk ubah sikit langsir yang aku jahit 2thn lepas....nk letak "kepala" pulak....sebelum ni...x de kepala langsir aku tu.....orang terlebih rajin...camtulahh...hehehe..........
malas sbnr nye....tp idea tu jahat betul....nak x nak...rajinkan jugak kot....
bende pun aku dh beli.....

~ Hantaran Lagi..... ~

26hb July lepas adik ipar aku bertunang....
sebagai akk ipar yg baik...aku pun jalankan tugas aku...buat hantaran...
hehehe....i like....


sirih junjung orang maleh.....


kain utk baju raya...hehehe...


kek (x smpt tmph....ok la tu..)


gula-gula @ manisan


buah...senang nk bwk sbb jauh...aku bungkus


aku lupa lak nk snap yg dh siap...adehh....ok la kot..

lupa lak nk citer....adik-beradik hubby 7org....
4 perempuan 3 lelaki...yg perempuan semua dh kawin....
yg lelaki...sorang je (hubby aku le tu...) yg bertunang ni..duda..
maknanye....biras aku semua lelaki...
pernah dapat biras perempuan sekajap je lah pulak....
dh ada anak sorang buat perangai...jd...x sabar lak nk dpt biras perempuan...